Monday, March 5, 2012

Pelancaran NILAM 2012, SK Kampong Gelam



Majlis Pelancaran NILAM 2012, SK Kampong Gelam. Dirasmikan oleh Pn Hjh Maznah bt Salleh, mantan GPK 1, SKKG pada 5 Mac 2012. Hadiah utama sangat lumayan bagi Anugerah NILAM 2012 berupa 2 buah basikal untuk Tahap 1 dan Tahap 2. Gimik pelancaran sangat menarik di mana motosikal berkuasa tinggi telah memeriahkan lagi majlis pelancaran ini.

Wednesday, February 22, 2012

Majlis Pelantikan Pengawas ICT 2012

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama UKM1 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan pertama akan diadakan secara online bermula pada 1Februari-30 April 2012.

Syarat-syarat:
Bagi pelajar berusia 8-15 tahun yang berminat:
1) Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA Pintar Negara 2011 (pelajar 9-15 tahun)
2) Perkhemahan Permata Insan 2011 (Pelajar Islam 8 tahun : di USIM)
3) Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA pintar Sesi 2013 (15 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet.

Bagi murid-murid yang berminat boleh melayari laman web rasmi atau klik dialamat berikut http://www.permatapintar.edu.my untuk makluman lanjut.

Semoga berjaya!

Sunday, May 8, 2011

Apa itu Komputer?

Definisi Komputer
Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat.
Komputer juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.
Secara umumnya kelengkapan komputer pada masa kini adalah seperti berikut :
- Mainframe
- Personal Computer (PC)
- Computer for Server (Server)
- Personal Data Assistant (PDA)
- Mobile Computer (Notebook, Laptops, Desknote)
- Global Positioning System (GPS)
- Kalkulator
- Translator (contoh : Alfa Link)
- PC Tablet
- Organizer

Walaupun terdapat pelbagai jenis alat yang boleh di kategorikan sebagai komputer, lazimnya, fokus utama kita ialah personal komputer (PC). Justeru itu, saya hanya akan membincangkan PC mengikut garis sempadannya.
Secara umumnya, kaedah kerja komputer adalah seperti berikut :

kaedah kerja komputer
Terdapat tiga bahagian peringkat komputer iaitu :
1. Hardware (perkakasan)
2. Software (perisian)
3. Brainware (pengguna)
- Operator, iaitu sebagai pengguna komputer sahaja.
- Programmer, iaitu sebagai pembuat software atau program.
- Sistem analisis, iaitu yang menghubungkan antara komputer, manusia dan program.

Penggolongan Komputer

Berdasarkan data yang diolah :
  1. Komputer Analog
    - Jenis penggunaan adalah secara berterusan (continue)
    - Data berbentuk fizik
    - Output dalam bentuk penyusunan atau pengawalan
  2. Komputer Digital
    - Jenis penggunaan adalah secara berterusan (continue)
    - Data dalam bentuk nombor dan huruf
  3. Komputer Hybrib (Hibrid)
    komputer hibrib merupakan gabungan antara komputer analog dan komputer digital. Kebiasaannya, komputer ini hanya digunakan bagi menyelesaikan masalah-masalah utama kerana ia memiliki kemampuan yang lebih cepat dan tepat.
Berdasarkan Penggunaan :
  1. General Purpose (Umum)
    General purpose bermaksud komputer digunakan secara umum. Sebagai contoh, melaksanakan pengelolaan grafik dan multimedia, pengelolaan database serta pengelolaan program.
  2. Special pupose (khususs/Utama)
    Special purpose bermaksud komputer digunakan secara khusus. Sebagai contoh, digunakan untuk server, PC router dan terminal dumb.
Berdasarkan Kemampuan :
Merujuk pada kemampuan kerja, komputer boleh dibezakan melalui beberapa kategori seperti berikut :
  • Mikro komputer
  • Mini komputer
  • Small komputer
  • Medium komputer
  • Large komputer
  • Super komputer
Kemampuan Komputer
Komputer mampu mengolah data dalam tempoh yang pelbagai. Selain dari memiliki kemampuan operasi yang cepat dan tepat, komputer juga memiliki kemampuan memori yang kuat. Kapasiti yang digunakan oleh sistem komputer adalah seperti berikut :
1 byte = 8 bit (binari digit) atau satu ciri
1 kilobyte (KB) = 1,024 byte
1 megabyte (MB) = 1,024 KB atau 1,048,576 bit
1 gigabyte (GB) = 1,024 MB atau 1,048,576 KB atau 1,073,741,842 bit
1 terabyte (TB) = 137,438,953,472 byte atau 1,099,511,627,776 bit

Thursday, February 24, 2011

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama UKM1 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian bakat pelajar pintar cerdas saringan pertama akan diadakan secara online bermula pada 1Februari-30 April 2011.

Syarat-syarat:
Bagi pelajar berusia 8-15 tahun yang berminat:
1) Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATA Pintar Negara 2011 (pelajar 9-15 tahun)
2) Perkhemahan Permata Insan 2011 (Pelajar Islam 8 tahun : di USIM)
3) Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATA pintar Sesi 2012 (15 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet.

Bagi murid-murid yang berminat boleh melayari laman web rasmi atau klik dialamat berikut http://www.permatapintar.edu.my untuk makluman lanjut.

Semoga berjaya!

Monday, January 24, 2011

Lawatan ke Negeri Sembilan



Pembestarian Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Sembilan. Program ini diketuai oleh En Abdullah Salam dan diiringi oleh Pn Salmi Subari dan Pn Siti Hajar Goh bt Abdullah. Seramai 24 orang Pengawas PSS dan 20 orang pelajar Pengawas ICT telah mengikuti program ini. Kami telah melawat Kota Lukut, Muzium Lukut, Muzium Tentera, Rumah Api Tanjung Tuan, Hutan Lipur Tanjung Tuan dan akhir sekali ke Nilai.